Thursday 10 May 2012

Tertawa dan Menangis


Tertawa dan menangis tanpa kita sedari merupakan kurniaan Allah kepada kita yang digelar manusia atau sering disebut di dalam Al-Quran sebagai An nas.Sebagaimana firman Allah di dalam surah An Najm ayat 43 "Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis".



Manusia sering lupa bahawa tertawa, gembira dan kesedihan merupakan kurniaan Allah kepada seseorang.Manusia sering menggaitkan kegembiraan itu datang dari seseorang yang membuat kita gembira dan tertawa sehingga lupa Sang Pencipta yang menjadikan orang tertawa dan menangis.Sebagai hambanya yang sering lupa dan lalai pasti jarang sekali kita  bersyukur apabila berada dalam situasi gembira sehingga berlebihan-lebihan dalam tertawa.Mungkin kita hanya akan bersyukur dan merintih pada Ilahi tatkala di landa musibah dan masalah.Sedangkan semasa dikurniakan nikmat tertawa kita lupa dan lalai sehinggakan meletakkan Allah jauh dari sudut hati kita.Memang lumrah manusia yang lalai dan lupa seperti kita semua tatkala diuji dengan musibah pasti kita akan merayu dan merintih berdoa kepada Allah agar dikurniakan kekuatan semasa dilanda musibah.Apabila kita berdoa kepada Allah  akan mewujudkan rasa penghambaan (ubudiyyah) kita kepada Allah.Kita sebagai hamba yang lemah dan tidak berdaya menghapuskan air mata kesedihan dan musibah melainkan dengan berdoa dan memohon kepada Pencipta kita, Yang Maha Kuasa terhadap segala sesuatu.
      Allah yang menciptaka tangisan dan tawa.Sabda Rasulullah S.A.W.: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seseorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. "Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka".Sungguh mulia air mata penyesalan dan taubat kepada Ilahi sehinggakan bisa memadamkan lautan api neraka.Berbalik kepada kisah Nabi Adam A.S., baginda menangis 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah dilakukan.Baginda bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang sehingga tumbuhlah pokok kayu manis dan pohon bunga chengkih.Dan air mata baginda diminum oleh seekor burung dan burung itu berkata kepada baginda "Hai Adam sesungguhnya aku belum pernah merasa air semanis air mata taubatmu"..Dan Allah menerima taubat Nabi Adam dan berkata "Hai Adam sesungguhnya belum aku pernah menciptaan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!".Sebagai renungan mari kita muhasabah diri bersama ,adakah kita seperti Nabi Adam A.S. yang merintih dan merayu kepada Allah apabila telah melakukan  dosa atau maksiat?Atau kita hanya akan merintih dan merayu kepada Allah tatkala kita dilanda musibah dan masalah.Dan adakah semasa dikurniakan nikmat tertawa dan gembira kita mengingati Allah?Orang yang baik adalah orang yang menyedari kelemahan dan kekurangan amalnya dan bersegeralah bertaubat pada Allah agar kita semua beruntung.